CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 14, 2009

Profesion Kanak-kanak Prasekolah


Guru atau pendidik merupakan faktor penting dalam profesion pendidikan prasekolah. Istilah pendidik lebih sesuai kerana pengertiannya bukan sahaja mengajar tetapi mendidik semua aspek perkembangan kanak-kanak iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, harapan masyarakat bagi mendapat hasil positif dalam program prasekolah telah meningkat. Pendidik diharapkan dapat menyediakan kanak-kanak supaya memperoleh kejayaan bukan sahaja dalam bidang akademik peringkat prasekolah tetapi dapat mensosialisasikan kanak-kanak dalam masyarakat pelbagai budaya, mengatasi persekitaran yang tidak menggalakkan dan membentuk kebolehan emosi kanak-kanak bagi menangani stres mengikut perubahan dunia yang mencabar. Pendidik untuk kanak-kanak prasekolah perlu menseimbangkan harapan masyarakat dan harapan ibu bapa dengan pengetahuan yang sesuai bagi menggalakkan perkembangan kanak-kanak. Bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang kreatif dan optima, pendidk prasekolah mesti membentuk dan mengekalkan sikap, sifat dan kebolehan yang menjadi ciri guru yang berkesan. Pendidik prasekolah perlu belajar menseimbangkan pelbagai peranan.

Pelbagai aktiviti dapat dilakukan untuk mensosialisasikan kanak-kanak dan mencungkil bakat serta kebolehan kanak-kanak. Antaranya:-

Sambutan Maulidur Rasul

Pertandingan mengaji Al-Quran

Pertandingan Sukan


Pertandingan Mewarna

0 comments: